Hantar butiran projek anda melalui WhatsApp. Kami akan padankan anda dengan kontraktor renovation di kawasan anda, dan mereka akan hubungi anda untuk sebut harga. Percuma, tiada komitmen.
Sediakan maklumat ini
Mesej WhatsApp sudah ada templat. Isi sahaja tempat kosong:
- Jenis kerja: contohnya extend dapur, renovate bilik air, porch
- Lokasi: bandar dan nama taman
- Jenis rumah: teres, semi-D, banglo atau kondominium
- Bajet anggaran: jika ada
- Bila nak mula: segera, dalam 3 bulan, atau masih merancang
Gambar ruang yang nak diubah suai sangat membantu. Anda boleh hantar terus dalam WhatsApp yang sama.
Apa berlaku selepas itu
- Kami semak butiran anda.
- Kami hubungkan anda dengan kontraktor yang sesuai di kawasan anda.
- Kontraktor hubungi anda untuk tinjauan tapak dan sebut harga bertulis.
Dengan menghubungi kami, anda bersetuju butiran anda dikongsi dengan kontraktor rakan kongsi untuk tujuan sebut harga sahaja. Baca Notis Privasi kami.